CERITA RAKYAT SARAWAK: Legenda Abang Bunut Dan Dayang Isah Tandang Sari

misterpangalayo.com - Legenda adalah cerita rakyat yang dianggap benar-benar terjadi yang ceritanya dihubungkan dengan tokoh sejarah, telah dibumbui dengan keajaiban, kesaktian, dan keistimewaan tokohnya.

Kalimantan atau Borneo adalah pulau terbesar ketiga di dunia yang terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah barat Pulau Sulawesi. Pulau Kalimantan dibagi menjadi wilayah Negara Brunei Darussalam, Negara Indonesia dan Negara Malaysia.

Pada kesempatan kali ini, izinkan saya menceritakan kembali sebuah cerita rakyat dari Bumi Kenyalang (Sarawak) yang secara administratif merupakan salah satu negara bagian di Malaysia dan juga merupakan salah satu dari empat negara pendiri federasi Malaysia.

Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu cerita legenda dan diceritakan secara turun temurun oleh penduduk sekitar kawasan Batang Lupar dan Batang Saribas, maka tidak heran apabila terdapat berbagai macam versi cerita ini yang diceritakan oleh masyarakat setempat.


Kisah dan kemasyhuran puteri ini ibarat setanding dengan Legenda Mahsuri di Pulau Langkawi, Legenda Roro Jonggrang di Pulau Jawa, Legenda Putri Serai di Sambas (Kalimantan Barat). Akan tetapi, tidak ada catatan sejarah yang boleh dirujuk secara tepat mengenai versi lagenda tersebut, saya akan merujuk kepada cerita ini versi Sarawak A Place Like No Other.

.
Pada zaman dahulu sebelum kedatangan Rajah Brooke, ada sebuah daerah di Negeri Sarawak bernama Saribas. Daerah tersebut dikatakan terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei. Sultan Brunei mengirimkan perwakilanya yaitu Datuk Temenggong Kadir, pusat pemerintahannya terletak di Tandang Sari (sekarang bernama Pusa). Datuk Kadir pun menetap di Saribas bersama isterinya yang bernama Dayang Siti Hajar.

Datuk Temenggong menjalankan pemerintahannya dengan adil dan bijaksana. Dia sangat dicintai oleh rakyat Saribas. Datuk Temenggong Kadir sudah lama menikah, namun dalam usia pernikahannya yang memasuki tahun ketujuh, mereka masih belum juga dikaruniai anak. Datuk Temenggong Kadir dan isterinya, selalu berdoa agar mereka dikurniai cahaya mata. Walaupun mereka hidup bahagia tetapi mereka selalu merasa kesunyian kerana tidak mempunyai anak.

Pada suatu malam, seperti biasa selepas sembahyang dan berdoa, Datuk Temenggong Kadir pun tidur. Dalam tidurnya itu, dia telah bermimpi, dia telah mendengar satu suara. Datuk Temenggong Kadir tidak tahu dari mana arah suara itu datang. Suara itu berkata:“Wahai Temenggong Kadir, aku kasihan melihat kamu berdoa. Kamu kesunyian. Aku ingin menolong kamu berdua. Ikutlah apa yang aku katakan ini! Esok kamu pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana ada serumpun buluh betong. Potonglah buluh betong itu. Di dalamnya ada sebiji telur. Ambil telur itu dan simpanlah baik-baik”.

Selepas mendengar suara itu Datuk Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya. Dia tidak dapat melelapkan matanya lagi kerana memikirkan arahan dari suara itu. Dia tertanya- tanya benarkah apa yang dikatakan oleh suara di dalam mimpinya itu. Atau cuma jin yang ingin mengganggunya ? Datuk Temenggong Kadir pun membangunkan isterinya dan menceritakan mimpinya itu. Isterinya menasihatkan Datuk Temenggong Kadir agar menuruti apa yang disuruh oleh suara itu.

Keesokan harinya, Datuk Temenggong Kadir pergi ke hulu Sungai Tandang Sari. Dia pergi seorang diri dengan menaiki perahu koleknya, dan membawa pedang saktinya “Gempetar Alam”. Dalam perjalanannya itu, matanya meliar ke kiri dan kanan memerhatikan kalau- kalau ada rumpun buluh betong seperti yang dikatakan di dalam mimpinya itu. Akhirnya, dia bertemu dengan pohon buluh betong itu. Hatinya berdebar-debar. Dengan tidak membuang waktu lagi, Datuk Temenggong Kadir pun mengikat perahunya dan naik ke darat. Dia terus memotong pohon buluh itu.Sekali kibas saja pohon buluh itu terus putus. Benarlah, terdapat telur di dalam batang buluh betong itu. Datuk Temenggong Kadir mengambil telur itu dengan berhati-hati lalu dibawanya pulang.

Sampai di rumah, telur itu disimpan baik-baik. Pada malam hari, ketika dia hendak tidur, disimpannya telur itu di sebelah kiri kepalanya. Apabila menjelang tengah malam, tiba-tiba mereka terjaga kerana mendengar suara tangisan bayi. Datuk Temenggong Kadir melihat telur tersebut telah pecah. Tahulah dia bahwa bayi tersebut keluar dari telur. Walaupun mereka sangat terkejut akan kejadian itu tetapi di sisi lain mereka sangat gembira. Sekarang mereka telah mempunyai seorang anak perempuan. Hari semakin pagi tetapi mereka tidak tidur kerana sibuk bermain bersama bayi yang baru menjelma itu. Mereka berdua sangat bersyukur kepada Sang Pencipta kerana telah dianugerahkan seorang anak, walaupun bukan darah daging mereka.

Anak perempuan itu di beri nama Dayang Isah. Beranjak dewasa ,Dayang Isah menjadi sosok yang amat cantik rupa parasnya dan tiada tolok bandingnya pada zaman itu. Banyak pemuda yang terpandang akan kecantikan rupa paras Dayang Isah dan jatuh cinta serta ingin memilikinya. Banyak pemuda di daerah Saribas rela saling berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan hati Dayang Isah. Para penduduk Saribas merasakan kalau kecantikan Dayang Isah membawa malapetaka. Datuk Temenggong Kadir pun juga merasakan hal demikian, maka timbul ide dari sang Ayah untuk mengawinkan Dayang Isah dengan salah satu pemuda di Saribas.

Antara pemuda yang gagah perkasa dan disegani oleh penduduk di Tandang Sari ialah Abang Bunut. Abang Bunut ialah pemuda harapan Datuk Temenggong Kadir. Dia seorang pemuda yang peramah, jujur, bersopan santun dan berbudi bahasa. Tingkah laku dan keterampilan Abang Bunut telah memikat hati Dayang Isah. Oleh kerana Abang Bunut bekerja di istana Datuk Temenggong Kadir, maka dia sering bersua muka dengan Dayang Isah. Dari situ, lahirlah perasaan cinta yang sangat mendalam di antara mereka berdua. Mereka pun berkasih-kasihan dan seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang dapat memutuskan hubungan antara mereka berdua. Tambahan pula hubunganan mereka direstui oleh Datuk Temenggong Kadir dan isterinya.

Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir bermimpi. Dalam mimpinya itu, dia telah mendengar suara yang sama di dalam mimpinya dulu.Kali ini suara itu berkata: “Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. Dayang Isah telah dewasa dan telah menjadi rebutan ramai pula. Sesiapa yang hendak memperisterikan Dayang Isah mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas kahwin”.

Datuk Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya. Dia berasa resah dan susah hati mengingatkan kata-kata dari suara di dalam mimpinya itu. Dia terkenangkan Abang Bunut yang diketahuinya sangat mencintai Dayang Isah, begitu juga Dayang Isah. Walaupun Datuk Temenggong Kadir sangat berkenan dengan Abang Bunut untuk menjadi menantunya tetapi Abang Bunut seorang pemuda yang miskin, dan sudah pasti tidak dapat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas itu.

Keesokan harinya, Datuk Temenggong Kadir memberitahu isterinya akan mimpinya itu. Mereka berdua sangat berasa sedih. Mereka terpaksa patuh dengan arahan suara itu kerana mereka yakin bahawa mimpi itu benar. Mereka mengambil keputusan untuk memberitahu anaknya Dayang Isah dan juga Abang Bunut. Kedua-duanya merasa sangat kecewa setelah mengetahui kenyataan itu. Abang Bunut tahu dirinya tidak berdaya untuk menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas walaupun berusaha bertahun-tahun lamanya. Maka tingggallah mereka berkasih- kasihan begitu saja, makan hati berulam jantung.

Diriwayatkan, ada seorang saudagar Bugis dari Palembang, bernama Nakhoda Khar, hendak pergi berniaga ke negara Brunei. Dalam pelayarannya dari Palembang ke Brunei, dia dan anak-anak buahnya singgah di muara Sungai Saribas. Pada masa dia singgah itulah dia mendengar cerita dari penduduk Saribas tentang kecantikan Dayang Isah di Tandang Sari, maka timbullah niat di hatinya untuk memperisterikan Dayang Isah. Nakhoda Khar memang sanggup memenuhi syarat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas kerana dia seorang yang kaya.

Dengan tidak membuang masa lagi, Nakhoda Khar pun pergilah meminang Dayang Isah. Pada mulanya Datuk Temenggong Kadir keberatan untuk menerima pinangan itu kerana dia tidak mau orang luar berkahwin dengan anaknya. Tetapi apabila dia melihat Nakhoda Khar sanggup memberi sepuluh kati emas sebagai mas kahwin, maka pinangan itu pun diterimanya. Datuk Temenggong terpaksa patuh dengan arahan suara yang didengarnya di dalam mimpinya tempoh hari.

Selang beberapa hari bertunang, maka upacara perkahwinannya pun berlangsung meriah. Dayang Isah sedikit pun tidak merasa gembira. Dia menangis kerana masih mencintai Abang Bunut. Begitu juga dengan Abang Bunut, tujuh hari tujuh malam berendamkan air mata.

Setelah genap sebulan menjadi suami isteri, Nakhoda Khar pun meminta izin daripada Datuk Temenggong Kadir untuk berniaga di Brunei. Di hari baik bulan baik Nakhoda Khar pun belayarlah menuju ke Brunei bersama anak-anak buahnya. Apabila sampai di Pulau Burung, barulah Nakhoda Khar teringat yang kerisnya tertinggal, maka ditinggalkan kapalnya di Pulau Burung dan berpatah balik dengan mengayuh sampan seorang diri. Sesampainya ke muara Sungai Saribas, hari sudah pun malam.

Dalam perjalanan menuju ke istana, Nakhoda Khar terasa sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya lantas dia mempercepatkan langkahnya. Sesampai di istana, Nakhoda Khar terdengar suara isterinya, Dayang Isah sedang bergurau senda dengan Abang Bunut. Maka timbullah rasa marah dan cemburu yang tidak terkira di hati Nakhoda Khar, lalu dibacanya jampi ilmu tidur. Selepas jampi itu dibaca maka tidurlah seisi istana. Lalu Nakhoda Khar mengambil kerisnya dan menikam Abang Bunut di dalam tidurnya. Selepas itu, Nakhoda Khar pun keluar meninggalkan istana dan kembali ke sampannya, dan terus berkayuh ke arah kapalnya yang sedang berlabuh di Pulau Burung.

Pada keesokan harinya, Dayang Isah dan seisi istana terkejut melihat kematian Abang Bunut. Dayang Isah sadar telah banyak nyawa yang terkorban hanya kerana kecantikannya. Dia takut andai dia hidup lebih lama lagi maka akan bertambah ramai lagi yang akan terkorban lalu Dayang Isah mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dia pun mengambil keris lalu menikam dirinya beberapa kali tetapi tidak berhasil. Setelah gagal berbuat demikian maka Dayang Isah mengambil tujuh helai rambutnya yang panjang mengurai lalu diikatnya di leher hingga mati.

Setelah melihatkan kejadian itu, maka Temenggong Kadir merasa amat marah. Dia tahu kejadian itu adalah perbuatan Nakhoda Khar lalu dia pun menaiki perahu koleknya bersama Lancang Mayang untuk mengejar Nakhoda Khar. Perahu koleknya berkayuh laju seperti naga lapar, pengayuhnya selebar tiga hasta. Akhirnya sampailah dia ke kapal Nakhoda Khar. Dia terus menghunus pedang saktinya yang bernama Gempetar Alam, lalu dipotongnya kapal Nakhoda Khar dan terbelah dua. Nakhoda Khar serta semua anak buahnya mati tenggelam di Pulau Burung.

Selepas dari itu Datuk Temenggong Kadir pun kembali untuk menguruskan mayat anaknya. Dayang Isah yang dimakamkan bersebelahan dengan makam Abang Bunut. Menurut orang yang empunya cerita ini, makam Dayang Isah itu masih dapat kita jumpai hingga sekarang ini di Pusa, Saribas dalam Bahagian Kedua Sarawak

sumber: Sarawak A Place Like No Other.


Makam Dayang Isah Tandang Sari terletak di tanah perkuburan Kampung Kalok, Pusa sekitar 150 kilometer dari Sibu atau 90 kilometer dari Betong. Sebelum menemui makam Dayang Isah Tandang Sari, terlebih dahulu kita akan menemui makam Dato Godam Ibnu Bendahara Harun dan Pengiran Temenggung Pengiran Abdul Kadir Ibnu Pengiran Sidewa Maharaja.

(Sebelah kiri: Makam Dato Godam, sebelah kanan: Makam Pengiran Temenggung)
(Pandangan dari hadapan Makam Dato Godam. Dibelakang adalah Makam Pengiran Temenggung)

No comments:

Jika ada yang ingin ditanyakan, silakan kontak saya
+Email : raditmananta@gmail.com
+Twitter : @raditmananta

Tata Tertib Berkomentar di blog misterpangalayo:

1. Gunakan Gaya Tulisan yang Biasa-biasa Saja
2. Tidak Melakukan Komentar yang Sama Disetiap Postingan
3. Berkomentar Mengandung Unsur Sara Tidak di Anjurkan

Powered by Blogger.